China Tawar Potongan Kos Tenaga 50% Kepada Syarikat Yang Tidak Gunakan Cip NVIDIA

WorldTechnology
4 Nov 2025 • 2:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China sejuk sedikit selepas Presiden Trump dan Xi melakukan pertemuan di Korea Selatan. Beberapa tarif dan halangan eksport telah ditarik semula bagi mengurangkan ketegangan. Tetapi topik penggunaan cip kecerdasan buatan (AI) keluaran NVIDIA tidak disentuh langsung dan Trump semalam mengatakan cip Blackwell yang berkuasa tidak akan ditawarkan kepada “orang lain”.

Kini Financial Times melaporkan kerajaan China akan memberikan potongan 50% ke atas kos tenaga elektrik kepada syarikat tempatan yang berhenti menggunakan cip NVIDIA. Syarikat yang menggunakan cip tempatan keluaran Huawei dan Cambricon layak menerima potongan ini. Antara syarikat yang mungkin mengambil tawaran ini ialah ByteDance, Alibaba dan Tencent.

image is not available
Huawei Atlas 950 SuperCluster

Saranan untuk tidak menggunakan atau mencuba cip baharu NVIDIA diberikan pihak berkuasa China bulan lalu sebagai protes cip yang kurang berkuasa dijual kepada syarikat tempatan. Akibat halangan eksport yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, pegangan NVIDIA di pasaran China kini sifar berbanding 90% menurut CEO syarikat Jensen Huang beberapa minggu lalu.

Untuk memberikan persaingan kepada cip NVIDIA, Huawei menghasilkan komputer pusat data AI Atlas 950 SuperCluster yang dilengkapi lebih banyak cip untuk menawarkan prestasi lebih tinggi. Ini menyebabkan kos kuasa elektrik lebih tinggi untuk tugasan yang sama. Subsidi tenaga elektrik ialah jalan penyelesaian China kepada isu ini hingga syarikat tempatan mampu menghasilkan cip yang benar-benar setanding dengan NVIDIA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved