Trump Mengatakan Cip NVIDIA Blackwell Tidak Akan Dijual Kepada Negara Lain

WorldTechnology
3 Nov 2025 • 5:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Cip siri Blackwell ialah cip kecerdasan buatan (AI) paling berkuasa dihasilkan oleh NVIDIA dengan ia menawarkan kemampuan memproses lebih pantas berbanding siri cip Hopper. Seperti cip lain NVIDIA, selepas dilancarkan ia ditawarkan kepada pelanggan kecuali di China. Tetapi Presiden Trump dalam temu ramah rancangan 60 Minutes semalam mengatakan Blackwell tidak akan dijual kepada “orang lain”.

image is not available
NVIDIA Blackwell B300 Ultra Superpod

Menurut Trump, cip paling berkuasa seharusnya hanya digunakan Amerika Syarikat sahaja. Ini menimbulkan persoalan mengenai masa depan beberapa projek pusat datang yang sebelum ini akan menggunakan cip Blackwell. Di Malaysia selepas cip GPU NVIDIA GB300 Blackwell Ultra pada Mac, YTL mengesahkan mereka akan menjadi antara pengguna terawal di di YTL Green Data Center Campus.

Minggu lalu juga, CEO NVIDIA Jensen Huang mengumumkan Samsung akan menggunakan 50,000 cip Blackwell pada kilang AI yang mengeluarkan peranti. Pada waktu yang sama Trump tidak menolak cip Blackwell yang kurang berkuasa sahaja akan ditawarkan kepada syarikat China.

Pegangan pasaran NVIDIA di China kini sifar selepas kerajaan China menggesa syarikat tempatan tidak menggunakan cip keluaran mereka tetapi sebaliknya berpindah kepada pengguna cip keluaran syarikat tempatan seperti Huawei.