Chong Ming saran Wooi Yik ambil langkah berjaga-jaga elak kecederaan berulang

9 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Chong Ming saran Wooi Yik ambil langkah berjaga-jaga elak kecederaan berulang

Pemenang gangsa beregu lelaki Kejohanan Dunia 2001 Sevilla, Chan Chong Ming, berkongsikan Soh Wooi Yik perlu berhati - hati dalam langkahnya ketika meneruskan aksi bersama Aaron Chia dalam Masters Jepun.

Menurutnya, Wooi Yik kini berada pada fasa sangat genting untuk mengelakkan daripada terus dihantui kecederaan tumit.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan gandingan india, Hariharan Amsakarunan-Arjun dalam pusingan pertama Masters Jepun yang akan membuka tirai bermula 10 hingga 15 November ini.

Sekiranya melakar kemenangan, mereka bakal bertemu beregu pilihan Jepun, Takuro Hoki- Yugo Kobayashi pada pusingan kedua.

Kutipan mata pada setiap perlawanan ketika ini sangat penting buat gandingan ini dalam misi melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir, Disember nanti.

"Saya rasa paling penting perlu lihat tahap kecederaan ia serius atau sebaliknya, saya rasa mereka sudah boleh beraksi di Jepun jadi kecederaan sudah pulih.

"Dia perlu berjaga-jaga dengan kecederaan dia semula, cari rentak semula secepat mungkin di Jepun.

"Saya rasa bukan masalah besar buat mereka kerana sudah berpengalaman." katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved