![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Christy-Ng-terjah-kedai-di-China-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, terdapat banyak lambakan produk atau barangan tiruan yang kebiasaannya melibatkan jenama mewah terjual di pasaran.
Namun jangan tidak tahu, jenama kasut dan beg tangan keluaran designer terkenal Malaysia, Christy Ng juga tidak terkecuali jadi menjadi mangsa.
Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China Jual Beg Palsu
Terbaharu, Christy Ng yang juga usahawan berkongsi pengalamannya menerjah kedai di China yang menjual beg tiruan jenamanya sendiri.
“Di China pun ada (jenama) Christy Ng tau. Orang beli dari sini, datang ke kedai kita, minta tukar, minta warranti, mati saya” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @christyemilylove, kelihatan Christy bersama beberapa individu yang dipercayai kakitanganya berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain.
“Kita nak pergi melihat beg tiruan Christy Ng di China. Christy Ng dah mendunia tau. Di China pun ada beg palsu kita. Jom kita pergi tinjau,” katanya.
Melalui video itu, dapat dilihat pelbagai jenis beg dijual di kawasan berkenaan. Bukan hanya satu kedai, malah terdapat beberapa kedai yang menjual beg tiruan jenama Christy Ng.
Christy kemudiannya dilihat terus masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual beg tangan jenamanya sendiri.
Menerusi hantaran tersebut, kedengaran penjual berkenaan menyebut ‘Malaysia’ dipercayai merujuk kepada negara asal jenama terbabit.
Bukan itu sahaja, terdapat penjual dari premis lain yang menunjukkan kepada Christy rekaan beg jenamanya yang menjadi best seller di premis mereka.
Dapat dilihat pelbagai jenis beg tiruan jenama Christy Ng dijual antaranya dari koleksi seperti
- Mini Duffle Enzo
- Russo Monogram Tote Bag
- Russo Mini Tote Bag
- Erin Small Wallet Print Edition
- Marcelo Shoulder Bag
Penjual Dakwa Banyak Permintaan Dari Malaysia & Indonesia
Kongsi Christy Ng, penjual beg tiruan itu mendakwa terdapat banyak permintaan dari Malaysia dan Indonesia terhadap beg tangan jenamanya itu.
“Diorang cakap banyak permintaan daripada Indonesia dan Malaysia,” kongsinya.
Malah, peniaga berkenaan turut mengiyakan apabila Christy menyatakan bahawa banyak rakyat Malaysia dan Indonesia datang ke kedainya hanya untuk membeli beg fake itu.
Menerusi perkongsian itu juga, Christy Ng turut menitipkan pesanan kepada orang ramai tentang pembelian beg tangan jenamanya.
“Kenapa nak beli copy sedangkan tambah sikit je dapat ori?” katanya.
@christyemilylove Ekspedisi Christy di China
♬ original sound – Christy Ng – Christy Ng
Tonton video penuh [DI SINI]
Malah, semakan BuzzKini di media sosial mendapati memang ada penduduk Asia Tenggara yang berkunjung ke kedai berkenaan.
Menerusi perkongsian video oleh seorang warga Indonesia dipercayai Personal Shopper, dia berkunjung ke sebuah kedai di China dan membuka tempahan (order) untuk mereka yang mahu membeli beg tiruan Christy Ng itu.
@zie_sheptie ♬ suara asli – Sheptie Zie – Sheptie Zie
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Tak Sangka Christy Ng Pun Ada Fake
Perkongsian yang telah mendapat lebih 210,000 tontonan dan turut dikongsikan semula di Threads itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka beg tangan jenama Malaysia itu turut menjadi mangsa produk tiruan.
Ini kerana bagi mereka produk Christy Ng adalah mampu milik dan tidaklah terlalu mahal.
Namun, ada yang melihat situasi itu dari sudut positif yang bermaksud Christy Ng setanding jenama mewah sehingga ada yang menjadika ia sebagai barang tiruan.
Malah, ada yang mahu Christy membuat perbandingan barang fake dan original bagi memudahkan mereka untuk mengesan ketulenan.
Pada masa yang sama, ada segelintir warganet memuji Christy yang tidak melatah dan marah apabila melihat jenamanya diperlakukan sedemikian rupa.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Padahal Harga Beg Dia Beratus Je, Bukan Beribu, Pun Kena Fake Juga”
![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-07-at-2.46.34-PM-1-823x1024.jpeg)
“Christy Ng Dah Level-Level LV, Gucci Banyak Orang Nak Buat Copy. Good Job Christy Ng”
![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-07-at-2.46.34-PM-859x1024.jpeg)
“Awak Kena Beli Satu Supaya Boleh Bandingkan Macam Mana Nak Tahu Ori Atau Tak”
![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-07-at-2.46.33-PM-823x1024.jpeg)
“Dia Sangat Greenflaglah. Tak Ada Pun Nak Marah-Marah Ke, Nak Cakap Dia Owner Brand”
![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/fake-christy-ng_netizen_1.jpg)
“Dia Tak Tahu Ke Tu Owner Christy Ng? Saya Beli Dah Bertahun Beg Christy Ng Buat Beg Susu Anak, Buat Beg Baju Anak, Tak Pernah Koyak”
![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/fake-christy-ng_netizen_4.jpg)
“Beg Original Christy Ng Ada Je RM100 & Ke Bawah, Tunggu Je Sale, Nanti Ada Murah Lagi”
![Image from: Christy Ng Terjah Kedai Beg Tiruan Di China, Jual Beg Palsu Jenama Miliknya Sendiri [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/fake-christy-ng_netizen_3.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bangga Jenama Christy Ng Tembusi Pasaran Luar Negara, Buka Butik Pertama Di Indonesia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]
