Chrome Secara Automatik Akan Matikan Notifikasi Dari Laman Web Yang Anda Tidak Lawat

Digital
12 Oct 2025 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah laman web telah menambah sokongan notifikasi melalui pelayar web, dan membolehkan mereka menghantar notifikasi kepada pengguna setiap kali mempunyai sebarang kemaskini. Ada pengguna yang secara tidak sengaja mengaktifkan ciri berkenaan, sekaligus menganggu pengalaman pelayaran web masing-masing.

Google berkongsi mengatakan kurang daripada 1% notifikasi yang diterima pengguna yang menerima sebarang interaksi. Selebihnya dianggap menganggu atau tidak membantu pengguna.

Selari dengannya, kini Google secara automatik melalui pelayar web Chrome, akan matikan notifikasi daripada laman web yang anda tidak lawat atau tidak berinteraksi. Pengguna akan dimaklumkan apabila notifikasi ini dimatikan – sekaligus memberikan pilihan sekiranya anda ingin kekal menerima notifikasi daripada laman web tersebut.

image is not available

Ciri ini telah pun mula diuji, dan dijangka diaktifkan meluas untuk pengguna Chrome dalam masa terdekat.