Threads Menguji Ciri Menyembunyikan Balasan Komen Baharu Melalui Tab Aktiviti

Digital
6 Oct 2025 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menyembunyikan balasan komen secara terus daripada tab Aktiviti. Melalui ‘ikon mata’ yang terletak di penjuru kanan bawah notifikasi balasan, pengguna boleh mengehadkan pendedahan kepada komen yang tidak diingini dengan lebih mudah dan pantas.

image is not available

Ciri ini memberikan kawalan tambahan kepada pengguna dalam mengurus ruang komunikasi secara lebih selamat dan peribadi. Sebelum ini, Threads telah pun menawarkan fungsi menyembunyikan balasan melalui menu pada setiap siaran, di mana balasan yang disembunyikan akan dipindahkan ke bahagian khas dan hanya boleh dilihat oleh pengguna serta penulis komen tersebut.

Untuk menyembunyikan komen, pengguna perlu menekan Options di sebelah komen dan memilih Hide for everyone. Komen yang disembunyikan boleh dilihat semula dengan menatal ke bawah bebenang dan menekan pilihan See More. Sekiranya ingin memulihkan semua komen tersebut, pengguna boleh menekan Options dan memilih Unhide.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved