Chrome Skills Mengubah Prom AI Yang Kerap Digunakan Disimpan Menjadi Satu Klik Sahaja

TechnologyDigital
15 Apr 2026 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelayar web Google Chrome kini mempunyai ciri baharu iaitu Skills yang menyimpan dan menjalankan semula prom AI yang kerap digunakan menjadi satu klik sahaja. Dengan Skills, tidak perlu lagi menaip semula promp AI setiap kali tugas sama ingin dilakukan.

image is not available

Prom yang sering digunakan boleh disimpan pada sejarah chat. Untuk menggunakannya semula, tekan “/” atau klik ikon “+” dalam Gemini in Chrome. Skills boleh dijalankan pada tab yang telah dibuka atau pada beberapa tab lain serentak. Skill yang disimpan boleh disunting semula untuk memperhalusi lagi arahan prom.

image is not available

Antara Skills yang boleh dilakukan ialah mengira jumlah kalori dalam resipi makanan yang sedang dibaca atau melakukan perbandingan antara dua produk yang sedang dilihat di dua tab berbeza. Google juga telah menyediakan beberapa Skill tersedia yang dirasakan berguna.

Skills boleh digunakan pada Chrome di Windows, Mac dan Chrome OS hari ini tetapi hanya jika pelayar web menggunakan Bahasa Inggeris Amerika Syarikat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved