Cik Epal Beri Nasihat Pada Founder Wanita - “Kalau Ada Business Suami Isteri, Jaga-Jaga Sikit Pergaulan Suami Dengan Staff Perempuan”

14 Apr 2025 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial dan usahawan, Cik Epal mengingatkan wanita di luar sana supaya sentiasa berhati-hati dan memantau pergaulan antara suami dan pekerja wanita.
 

Perhati pergaulan suami & pekerja wanita

image is not available

 


Menurut Cik Epal, hal itu kerana kita sebagai isteri tidak tahu apakah niat atau agenda dirancang oleh mereka dalam diam yang boleh menganggu keharmonian rumah tangga.


 

“Aku rasa ramai je founder di kalangan followers aku. Aku just nak ingat kan, kalau kau ada bisnes bersama suami isteri, jaga-jaga sikit pergaulan suami kau dengan staff perempuan.
 
“Ada je staff perempuan yang hamak teringin nak duduk tempat kita. Jantan pon tak guna bukak ruang. Jadilah aktiviti penyondolan.

 


“Sondol-menyondol akan berlaku bila dua-dua pon menggeletis. Bukan salah sorang. Dua-dua pon sama je merenyam. Hati-hati,” pesannya menerusi hantaran di Insta Story baru-baru ini.



 

Bahagia single

image is not available


Dalam pada itu, mengulas mengenai kehidupannya, Cik Epal berkata dia kini bahagia hidup bersendirian selepas apa yang berlaku sebelum ini.


 

“At the same time, bagus jugak lah depa sondol menyondol, boleh aku beli G-Wagon. 
 
“Kalau tak, mesti duit kereta aku dah selamat melabur pergi travel. Jadi sekarang, baik aku happykan diri aku dulu. Hidup single!” tulisnya.

 


Terdahulu, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.


 


Rumah tangga mereka bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi, Dewi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.


 


Pasangan itu bagaimanapun bercerai tahun lalu selepas 10 tahun bersama.