Cik Epal Dedah Ada Pihak Siap Mahu Jadikan Dirinya Madu

LocalEntertainment
12 Oct 2024 • 7:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Cik Epal

Pempengaruh, Cik Epal berkata yang dirinya tidak serik untuk berkahwin lagi walaupun sudah gagal dalam rumah tangga yang dibina lebih dari 10 tahun.

Menurut laporan Oh Bulan, buat masa ini Cik Epal mahu fokus terhadap dirinya dulu dan dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti.

Nak rasa hidup bujang dulu, boleh benda yang aku tak boleh buat masa berkahwin dulu. Cuma kalau ada jodoh lebih baik akan datang, aku tak serik untuk berkahwin.

Aku suka alam perkahwinan. Perkahwinan ibarat ladang pahala, mudahnya mencari pahala apabila sudah berumah tangga.

Cik Epal turut mendedahkan ada beberapa lelaki cuba berkenalan dengannya malah ada di antara para isteri yang mahu menjadikannya sebagai madu mereka.

Ada yang bagi gambar, bagi tahu gaji berapa. Masalahnya perempuan yang nak jadikan aku madu dia pun ada. Tapi maaf, aku tak nak bermadu. Tak nak rasa diduakan.

Bukan tu jer, pempengaruh itu juga tidak meletakkan sebarang syarat sama ada pasangannya itu nanti berstatus duda ataupun bujang, tapi dia mahu lelaki yang menghargai dirinya dan matang.

Hati aku sangat terluka, kepercayaan dah tak ada. Memang susah nak terima balik. Ibarat kaca retak pecah seribu. Tak akan bercantum kembali.

Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan Cik Epal di masa akan datang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan