“Protect perempuan lain melebihi aku sebagai isteri” – Cik Epal Dedah Mengenai Wanita Yang ‘Dilindungi’ Jofliam

Entertainment
11 Oct 2024 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas memaklumkan mengenai perceraiannya, pempengaruh terkenal Cik Epal ada memuat naik hantaran menegaskan bahawa dia tidak akan kembali rujuk untuk bersama bekas suaminya, Jofliam.

Cik Epal menyatakan mahu memperbaiki diri kepada versi yang lebih baik selain fokus untuk membesarkan dua orang anaknya.

Pun begitu, Cik Epal dilihat memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story seakan meluahkan apa yang dipendam selama ini.

image is not available

Dalam hantaran lain di Instagram Story, dia turut berkongsi mengenai seorang wanita yang telah dilindungi oleh bekas suaminya lebih dari dirinya ketika masih berstatus isteri.

Jelasnya, sejak kejadian di Milan tempoh hari, menjadi titik tolak untuk dia benar-benar nekad mengakhiri perkahwinan tersebut.

The moment dia boleh membenarkan ada perempuan lain dalam hati dia, protect perempuan lain melebihi aku sebagai isteri dia, so aku tahu tempat aku di hati dia dah jauh.”

image is not available

Cik Epal turut mendedahkan satu mesej perbualan WhatsApp daripada bekas suaminya. Katanya, dia seakan didesak oleh bekas suaminya yang mahu beberapa perkara djelaskan kepada umum.

Bagaimanapun, dia mempertikaikan mengapa dirinya perlu menjernihkan keadaan sedangkan bukan dirinya yang terlebih dahulu mendedahkan kemelut rumah tangga mereka.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Lobak Merah melaporkan Cik Epal dan Jofliam berpisah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.