Cik Epal Dedah Gelaran Chef Pizza Jofliam Tak Diiktiraf - “Cara Dia Dapat Tu Macam Semua Orang, Asal Ada Duit”

5 Mar 2025 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Gelaran cef pizza tak diiktiraf

image is not available


 


Cik Epal menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya mengakui dia sendiri berasa ragu semasa Jofliam memberikan penerangan mengenai gelaran tersebut.


 

“Di samping terpaling peguam dan terpaling hakim. Terpaling chef ini tak diiktiraf pun sebagai Chef. Cara dia jelaskan dia dapat chef dengan aku dulu pun banyak benda yang aku nak pertikaikan. 
 
“Cuma aku layan sahaja dulu. Kang aku pertikaikan, dia akan menengking aku. Aku ni maleh nak gaduh.

 


“Padahal macam aneh je macam mana dia dapat tittle chef tu.


 


“Cara dia dapat chef tu macam semua orang, dengan senangnya boleh dapat chef, asal kau ada duit tau. Macam senang nau nau,” coretnya.


 


Terdahulu, Jofliam terkenal dengan penjualan piza Wagyu dengan harga RM150.


 


Sebelum ini, Jofliam pernah menyertai pertandingan Tutto Pizza di Napoli dan menjadi rakyat Malaysia pertama bertanding pada acara tahunan itu bersama dua rakannya dari Itali, Salavatore Mill dan Vincenzo Di Nuzzo.