Sasha Abdul Aziz Pertahankan Cik Epal, Geram Sikap Jofliam - “Ibu & Anak Paling Susah Untuk Dipisahkan, Sakit Beranak Sampai Bila-Bila Tak Hilang”

3 Mar 2025 • 11:28 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Shasha Abdul Aziz tidak bersetuju dengan tindakan usahawan pizza, Jofliam yang didakwa menghalang anak-anak daripada bertemu dengan bekas isterinya iaitu Cik Epal.


Jangan pisahkan ibu dan anak

Sasha menerusi hantaran di Insta Story miliknya mempertahankan tindakan Cik Epal yang berusaha sedaya upaya untuk bertemu anak-anak sehingga terpaksa menjerit memanggil nama mereka di hadapan rumah bekas suaminya.


 


“Okay lagi dia jerit, kalau saya dah panjat pagar nak jumpa anak.


 

“Ibu dan anaklah paling susah untuk dipisahkan. Sakit beranak itu, Allahu sampai bila-bila tak akan hilang,” tulisnya.

 


Malah, Sasha juga meluahkan rasa bimbang sekiranya tindakan Jofliam itu bakal memberikan kesan buruk kepada anak-anak mereka.


 


“Sudah-sudahlah pisahkan anak dari ibunya dan jadikan anak mangsa keadaan,” coretnya.


 

 Beri sokongan pada Cik Epal

image is not available


Dalam hantaran yang sama, Sasha juga menyatakan sokongannya terhadap Cik Epal dan berharap ibu kepada dua orang anak itu tabah berdepan dengan ujian berat.


 

“Tetap kuat Cik Epal, dari seorang ibu untuk seorang ibu,” tulisnya.

 


Terdahulu, Cik Epal dan Jofliam sekali lagi menjadi tular selepas wanita itu hadir ke rumah bekas suaminya untuk bertemu anak-anak iaitu Han dan Yuki.


 


Namun hasratnya tergendala apabila Jofliam kemudiannya didakwa tidak membenarkan bekas isterinya untuk bertemu mereka sehingga menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan di kawasan rumah tersebut.


 


Cik Epal mendakwa sudah tiga bulan dia tidak berpeluang untuk bertemu Han dan Yuki.