
PETALING JAYA: Akibat masalah saluran jantung tersumbat, pelakon, Kamarool Haji Yusoff atau Cik Man terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tanah Merah, Kelantan, sejak semalam.
Berita itu dikongsikan rakannya, Amir Raja Lawak memaklumkan pelakon Rock Oo yang kini berada dalam keadaan kritikal.
“Assalamualaikum. Dimaklumkan, Cik Man dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam semalam.
“Keadaan dia terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini ditidurkan untuk dia rehat serta doktor lakukan rawatan,” tulisnya menerusi hantaran Facebook.
Bagaimanapun, Amir memaklumkan pihak hospital tidak membenarkan sebarang lawatan di samping berharap orang ramai akan mendoakan kesihatan Cik Man.
“Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat.
“Ada apa-apa perkembangan, insya-Allah saya akan maklumkan juga. Doa segala kebaikan buat Cik Man.
“Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala, Amin Ya Mujib Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.
Sebelum ini Cik Man berkongsi akan berulang alik dari kediamannya di Kelantan ke Kuala Lumpur sekiranya mempunyai penggambaran.
Cik Man popular dalam kalangan peminat era 1980-an kini sudah bertukar kepada Cik Man lebih-lebih lagi setelah membintangi filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid. -UTUSAN
The post Cik Man kritikal, ditidurkan akibat jantung tersumbat appeared first on Utusan Malaysia.






