Pelakon veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami masalah saluran jantung tersumbat.
Cik Man kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tanah Merah, Kelantan dan terpaksa ditidurkan sejak semalam bagi membolehkan rawatan lanjut dilakukan.
Perkembangan itu dikongsikan rakannya, Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum. Dimaklumkan, Cik Man dimasukkan ke Hospital Tanah Merah tengah malam semalam.
“Keadaan dia terkini kritikal kerana saluran jantung tersumbat dan kini ditidurkan untuk dia rehat serta doktor lakukan rawatan,” tulisnya.
Dalam masa sama, Amir memaklumkan pihak hospital belum membenarkan sebarang lawatan buat masa ini.
“Buat masa sekarang tak dibenarkan melawat.
“Ada apa-apa perkembangan, insya-Allah saya akan maklumkan juga. Doa segala kebaikan buat Cik Man.
“Didoakan Allah permudahkan urusan rawatan Cik Man dengan baik-baik sahaja, semoga Cik Man cepat sembuh, pulih sihat seperti sediakala, Amin Ya Mujib Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.
Sebelum ini, Cik Man pernah berkongsi bahawa dia akan berulang-alik dari kediamannya di Kelantan ke Kuala Lumpur sekiranya mempunyai penggambaran.
Cik Man cukup dikenali dalam kalangan peminat sejak era 1980-an, namun namanya kembali mendapat perhatian selepas membintangi filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Nurhaliza Dan Noraniza Idris 'Bergabung', Bakal Gegar SBJ Dengan Konsert Tradisional Gema Bumantara
The post Cik Man Kritikal, Kini Ditidurkan Di ICU Akibat Jantung Tersumbat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






