Cikgu Idrus tegas, berdisiplin tetapi sentiasa prihatin – Steven Sim

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 10:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cikgu Idrus tegas, berdisiplin tetapi sentiasa prihatin – Steven Sim

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menyifatkan Allahyarham Cikgu Idrus bukan sekadar guru dan guru besar, malah seorang pendidik yang banyak memberikan nasihat serta bimbingan kepadanya sejak awal bergelar Ahli Parlimen.

Steven berkata, beliau amat menghargai jasa dan tunjuk ajar Allahyarham yang merupakan abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Cikgu Idrus bukan sekadar guru dan seorang guru besar kepada saya. Beliau merupakan seorang pendidik yang tegas, berdisiplin dan berprinsip, tetapi sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak muridnya.

“Saya juga sangat menghargai segala nasihat dan bimbingan yang beliau berikan kepada saya ketika saya baru memulakan langkah sebagai Ahli Parlimen sampailah sehingga menjadi seorang Ahli Kabinet.

“Jasa Cikgu sentiasa saya ingat. Takziah buat seluruh keluarga PMX Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Allahyarham Cikgu Idrus menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Cherok Tokun Bawah, Bukit Mertajam, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan Perdana Menteri menerusi Facebooknya petang tadi.

Anwar yang masih dalam perjalanan pulang dari China dijadualkan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham pagi esok. -KOSMO! ONLINE

The post Cikgu Idrus tegas, berdisiplin tetapi sentiasa prihatin – Steven Sim appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved