Cikgu ‘Kembang Tekak’ Tengok Ada 5 Ekor Lipas Besar Dalam Botol Kicap Masa Makan

Entertainment
15 Dec 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru tak dapat menahan rasa mual selepas mendapati bahawa terdapat 5 ekor lipas bersaiz besar di dalam botol kicapnya ketika menjamu selera bersama murid.

Dalam video berdurasi 21 saat yang kini sedang tular di platform media sosial X dan telah meraih 1.1K jumlah perkongsian dalam masa 22 jam ini, cikgu tersebut menyatakan bahawa dia mula menyedari lipas tersebut setelah makan makanan sampai habis.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut rasa jijik apabila melihatnya, bahkan ada yang pernah kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama di mana selepas kicap di dalam botol tinggal suku, baru sedar ada seekor cicak sebesar ibu jari di dalamnya.

Dalam pada tu, ada juga netizen yang anggap kemungkinan cikgu ini tak tutup botol kicap selepas memasak.

Bagaimanapun, cikgu ini membalas, kicap tersebut diletakkan di pantri, agak mustahil digunakan untuk masak. Tambahan pula jika dilihat pada saiz lipas itu, ia sangat besar untuk masuk mengikut ruang kecil di penutup botol.

image is not available image is not available

Mesti trauma nak makan kicap lepas ni, dah lah besar.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.