Cikgu Mohammed Trisghaq meninggal dunia. 'Kehilangannya cukup dirasai...'

6 Feb 2025 • 3:24 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Menurut hantaran JPN Sarawak di Facebook, Cikgu Mohammed Trisghaq telah meninggal dunia pada Isnin.

Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut, Lubok Antu, Sarawak, Cikgu Mohammed Trisghaq Omar telah meninggal dunia 3 Februari lalu, menurut satu hantaran di Facebook Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak.

Allahyarham merupakan seorang guru yang berdedikasi sepanjang melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan martabat pendidikan.

Arwah juga dikenali sebagai guru yang penyayang, sabar, mesra, rajin dan adil dalam kalangan warga SK Tabut.

Sinar Bestari merakamkan ucapan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Cikgu Mohammed Trisghaq.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan dalam golongan solihin. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved