“Cikgu S*ndal” – Kakak Dedah Wanita Bergelar Isteri Anak Lima ‘Kantoi’ Jalin Hubungan Dengan Anak Murid Usia 17 Tahun

Entertainment
23 Mar 2024 • 12:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak malam semalam mengenai pendedahan seorang individu mengenai kisah cinta adik lelakinya yang berusia 17 tahun bersama-sama dengan gurunya sendiri.

Guru bergelar isteri anak 5 jalin hubungan dengan anak murid

Pendedahan itu dibuat individu itu di aplikasi X gara-gara guru wanita berkenaan sudah tidak ‘makan saman’ dan kes tersebut juga boleh diibaratkan ‘suka sama suka’.

Malah, guru wanita itu juga dikatakan masih bersuami dan mempunyai lima orang anak.

Maklum individu itu yang juga kakak kepada pelajar lelaki berkenaan, keluarga mereka sudah menentang dan membuat laporan kepada pihak berwajib namun ianya seperti perbuatan yang sia sia sahaja.

image is not available

Sumber : X  

image is not available

Sumber : X  

image is not available

image is not available

Dedah si kakak lagi, guru itu juga sanggup mengambil adiknya untuk keluar meluangkan masa bersama dan mendekatinya meskipun sudah dipindahkan sekolah gara-gara kes tersebut.

Dia juga turut mendedahkan perbualan antara guru berkenaan dengan adiknya yang sepertinya tidak wajar memandangkan status guru berkenaan masih isteri orang dan bergelar ibu pula.

image is not available

Namun begitu, si kakak mengakui kesalahan adiknya yang turut ‘melayan’ kehendak guru wanita itu dan berharap ada tindakan sewajarnya diambil setelah ia menjadi tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Anak Saudara Usia Setahun Maut Dilanggar Alphard Milik Anak Ahli Politik Selangor, Lelaki Mohon Bukti 'Dashcam' Saksi, Bimbang Tiada Pembelaan