“Cikgu Zaman Sekarang Kreatif”- Guru Ubah Lagu Hael Husaini Untuk Subjek Sains [Video]

LocalFamily & Parenting
28 May 2025 • 12:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui menjadi seorang pendidik bukanlah perkara yang mudah. Selain mendidik anak bangsa mereka juga perlu sentiasa mencari bahan mengajar yang sesuai dengan trend terkini.

Ini kerana perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut masa ke semasa malah kaedah untuk mengajar juga perlu sentiasa diperbaharui bersesuaian dengan mereka.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan para guru menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didiknya.

Cikgu gubah lagu untuk ajar subjek Sains pada murid

Terbaharu, seorang guru turut tidak ketinggalan untuk berkarya apabila menggunakan kreativitinya mengubah lagu daripada penyanyi terkenal untuk subjek Sains yang diajarinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikgu Safuan di TikTok, awalnya dia membuka muzik dan meminta para pelajar menggoyangkan bahu untuk mengambil ‘feel’ sebelum menyanyikan lagu.

Sebaik tiba masa untuk bernyanyi kelihatan dia memulakan dahulu sebelum diikuti oleh murid-murid.

Lagu yang disampaikan adalah mengenai proses pernafasan manusia yang telah diubahnya daripada lirik asal yang dinyanyikan oleh penyanyi, Hael Husaini yang bertajuk Kelentang Kelentong.

“Ini lagu pernafasan manusia. Ada tiga organ semuanya. Oh hidung, peparu (paru-paru), trakea. ‘Okay tangan di sini’.

“Tarik nafas dada ke atas sana, hembus nafas dada ke bawah pula.. Oh tarik, hembus iaa.

“Tarik nafas udara masuk ke dalam, hembus keluar. ‘Okay ready’. Tarik nafas masuk udara dari hidung ke trakea ke peparu ala lali lale,” nyanyi Cikgu Safuan.

Turut kedengaran pelajarnya juga turut bersemangat mengikuti Cikgu Safuan bernyanyi. Malah dia turut menyediakan lirik video di mana pelajar boleh membacanya sambil bernyanyi.

Pelajar mudah nak ingat apa yang dipelajari menerusi lagu

Menerusi lagu tersebut, pelajar dapat mengingati bagaimanakah proses pernafasan manusia.

Di ruang kapsyen, Cikgu Safuan mengatakan dia ke kelas itu sebagai guru ganti namun ia bertukar menjadi konsert Sains.

“Relief class pun boleh jadi konsert Sains!”

Sebelum ini Cikgu Safuan juga pernah berkongsi satu lagu yang digubah mengenai sistem peredaran darah yang juga menggunakan lagu Hael Husaini.

Ramai puji cikgu kreatif hasilkan lagu untuk belajar

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji inisiatif kreatif dilakukan oleh Cikgu Safuan. Ini kerana lagu atau nyanyian secara tidak langsung membantu kanak-kanak untuk mudah mengingati sesuatu pelajaran.

Malah ada juga yang mengatakan mereka yang menonton turut terikut menyanyikan lagu berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang ingin kembali ke sekolah dan belajar semula dengan guru yang kreatif seperti ini.

“Anak saya dah master lagu dan subjek ni. Cikgu Sains nya ajar siap ajar adik dia umur 4 tahun dengan pakej joget lagi cikgu. Tahniah untuk semua guru yang berusaha macam ni untuk ajar murid-murid supaya tak bosan walaupun silibus murid hari ini ya ampun.”

image is not available

“Kalau macam ni belajar Sains. Tak payah nota dah confirm A hafal lagu je”

image is not available

“Cikgu zaman sekarang memang kena kreatif. Syabas cikgu”

image is not available

“Sebab ni saya follow cikgu.. anak saya lemah Sains sebab dia tak minat nak ingat-ingat ni”

image is not available