Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Persoalkan Tindakan Individu Rakam Momen Kena Gangguan Seksual [Video]

Entertainment
28 May 2025 • 5:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, media melaporkan penahanan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki mencabul seorang wanita ketika berada di dalam bas.

Malah lelaki itu juga didakwa mencabul dengan cara berpura-pura tertidur sebelum bertindak memegang kaki mangsa yang duduk di sebelah tempat duduknya.

Insiden itu bagaimanapun sempat dirakam oleh mangsa yang berusia 19 tahun menggunakan telefon bimbitnya.

Menerusi video kelihatan dia menepis tangan lelaki berkenaan serta memerahinya untuk jangan menyentuhnya lagi.

Caprice sekolahkan netizen tanya kenapa rakam insiden kena gangguan seksual

Terbaharu penyanyi rap terkenal, Caprice atau Ariz Ramli turut berkongsi video memaparkan insiden sama serta meluahkan rasa kurang senangnya apabila ada segelintir netizen yang mempersoal tindakan mangsa merakam sewaktu kena gangguan seksual.

Ini kerana, sebelum ini Caprice ada berkongsi satu video memaparkan seorang lelaki yang mendakwa turut menerima gangguan seksual ketika berada di dalam bas.

Supaya ada bukti dan tindakan lanjut kepada pelaku

Ekoran daripada perkongsian itu, Caprice mengatakan ada segelintir netizen yang tidak bijak bertanya mengapa ingin merakam video ketika berada dalam keadaan tersebut.

“Ramai tanya soalan b*doh dekat posting sebelum ini. ‘Kenapa nak rakam?’. Mari Cap (Caprice) jawab, sebab 99.99% daripada kes gangguan seksual akan jadi NFA (tiada tindakan lanjut) apabila tiada bukti.

“Jadi pelaku akan bebas dan mungkin cari mangsa lain,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk tidak bertanyakan soalan yang tidak munasabah atas tindakan mangsa ‘kenapa merakam’.

Malah dia turut menegaskan apabila situasi seperti itu tidak dirakam, ada yang mengatakan ia boleh menjadi fitnah.

Bukan hanya itu, Caprice turut mempersoalkan apakah yang dimahukan oleh netizen sebenarnya apabila mempersoalkan perkara sebegitu.

“Tak rakam, kata fitnah. Bila rakam, soal kenapa nak rakam? Korang nak apa sebenarnya?”

Ramai sokong mansa rakam untuk ada bukti kukuh

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberi sokongan terhadap sesiapa sahaja yang berdepan dengan gangguan seksual untuk merakam video untuk dijadikan bukti.

Ia juga adalah untuk tujuan keselamatan serta menyifatkan ia adalah bukti paling kukuh di mahkamah.

Malah ada juga yang memuji tindakan mangsa merakam video kerana ia adalah sesuatu perkara yang berani.

“Rakam je untuk bukti, peduli apa orang nak kata”

image is not available

“Bila yang tanya tu kenapa b*doh sangat. Rakam senang ada bukti kau boleh menang kes. Ramai sangat benak sekarang ni kenapa?”

image is not available

“Rakam, nanti jangan pula kata AI (artificial intelligence)”

image is not available

“Salute kepada abang bas untuk tindakan yang cepat”

image is not available