“Ciku dari gemok, sakit sampai kurus kering” – 14 Tahun Setia Bersama, Kucing ‘Pergi’ Selepas Tuannya Meninggal Dunia

Entertainment
19 Aug 2025 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun hanya seekor kucing, namun haiwan ini sering kali menunjukkan tingkah lakunya yang mampu menceritakan segalanya.

Kucing antara haiwan peliharaan yang mampu mengenal tuannya dengan lebih apabila mereka rapat dan sentiasa menghabiskan masa bersama.

Tahukah anda, kucing juga mampu untuk merasa kehilangan. Si bulus yang dipelihara dan dibelai setiap hari tiba-tiba tidak lalu makan.

Perilaku yang tidak seperti kebiasaannya itu berlaku sejurus tuan kesayangannya pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

image is not available

Alami tekanan, daripada berisi menjadi kurus

Itulah kisah kucing yang bernama Ciku yang turut ‘pergi’ selepas kehilangan tuan kesayangannya.

Menurut cucu arwah menerusi perkongsian di TikTok @danielhareez, sejak pemiliknya menghembuskan nafas terakhir, kucing itu dilihat tidak lagi ceria dan hilang selera makan.

“Lepas atok (tuannya) tak ada, Ciku dalam keadaan tertekan. Daripada gemok, sakit sampai kurus kering, tulang sampai timbul. Semua rindu atok juga Ciku,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Ciku dilihat duduk di atas pusara pemiliknya sambil sekali sekala mengeluarkan suara seolah-olah sedang berbual.

@danielhareez

Lepas atok (tuannya) takde, ciku dalam keadaan depression.Daripada gemok, sakit sampai kurus kering, Tulang sampai timbul. Semua rindu atok juga ciku

♬ original sound – Nielreez – Nielreez

Menurut Daniel Hareez, Ciku ada dibawa ke klinik untuk pemeriksaan namun pihak veterinar memaklumkan kucing tersebut sudah tua dan dinasihatkan untuk menjaganya hingga ke akhir hayat.

image is not available

14 tahun setia bersama

Dalam perkembangan terkini, Daniel Hareez memaklumkan kucing berkenaan mati selepas beberapa hari jatuh sakit dan tidak lalu makan.

“Walaupun nenek yang bela dengan penuh kasih sayang, tapi tetap rapat dengan atok.

“Penyeri rumah, peneman atok, penghibur hati selama 14 tahun. Sekarang Ciku ikut atok ke alam abadi.

“Terima kasih atas kasih yang tak pernah diminta balas. Rehatlah di sisi atok, di taman syurga sana.”

image is not available

 

Sementara itu, rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen dalam perkongsian video itu meluahkan rasa sedih.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.