CIMB nafi rancangan penswastaan CIMB Niaga

Business & Finance
22 Oct 2026 • 10:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CIMB nafi rancangan penswastaan CIMB Niaga

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) menafikan sebarang rancangan untuk menswastakan CIMB Niaga, susulan laporan berita baru-baru ini. 

Menurutnya dalam satu kenyataan, pihaknya belum membuat sebarang keputusan mahupun mengemukakan cadangan rasmi berhubung kemungkinan penswastaan ​​CIMB Niaga.

“CIMB Niaga kekal sebagai bahagian penting dalam jejak serantau Kumpulan, dan Kumpulan tetap komited terhadap operasinya di Indonesia. 

“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang berkenaan, termasuk keperluan minimum pegangan saham awam, secara teratur dan tepat pada masanya,” katanya hari ini.

Terdapat laporan berita semalam yang menyatakan CIMB sedang mengkaji langkah nyahsenarai CIMB Niaga di pasaran saham Indonesia, antaranya didorong oleh pandangannya bahawa saham CIMB Niaga masih dinilai rendah berbanding potensi sebenar perniagaannya, selain prospek pertumbuhan jangka panjang di Indonesia yang kekal positif.

Laporan itu berkata, keyakinan itu turut disokong kekuatan CIMB Niaga dalam pengurusan kekayaan, perbankan korporat, rangkaian perbankan serantau ASEAN, perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan sederhana tinggi serta perbankan syariah.

Katanya, tiga pilihan utama yang sedang diteliti bagi menangani keperluan minimum pegangan saham awam CIMB Niaga termasuk penempatan saham kepada pelabur strategik pada penilaian yang boleh diterima, penyenaraian semula menerusi tawaran awam permulaan (IPO) dan penswastaan. – KOSMO! ONLINE

The post CIMB nafi rancangan penswastaan CIMB Niaga appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved