CIMB nafi rancangan penswastaan unit Indonesia CIMB Niaga

LocalBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 12:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: CIMB nafi rancangan penswastaan unit Indonesia CIMB Niaga

KUALA LUMPUR - CIMB Group Holdings Bhd hari ini menafikan rancangan pihaknya untuk menswastakan anak syarikat perbankannya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata tiada keputusan dibuat berhubung rancangan itu dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung kemungkinan penswastaan CIMB Niaga.

Unit yang dimiliki sebanyak 92.5 peratus itu kekal sebagai bahagian penting dalam rangkaian operasi serantau kumpulan berkenaan, yang turut komited terhadap operasinya di Indonesia.

“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang terpakai, termasuk keperluan minimum pegangan awam, mengikut tempoh yang ditetapkan dan secara terancang,” menurut kenyataan itu.

Dalam nota penyelidikan CIMB Investment Bank Bhd semalam, dinyatakan bahawa CIMB Group sedang mempergiat usaha untuk meneroka kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga serta merancang untuk mengadakan perbincangan dengan pengawal selia berhubung perkara itu.

Bank pelaburan itu berkata langkah berkenaan didorong oleh pandangan CIMB bahawa CIMB Niaga masih dinilai rendah, selain prospek jangka panjang yang positif terhadap Indonesia, khususnya berdasarkan kekuatan Niaga dalam pengurusan kekayaan, perbankan korporat, hubungan serantau ASEAN, perbankan untuk golongan berkemampuan sederhana tinggi serta perbankan Islam. - 22 Oktober, 2026

The post CIMB nafi rancangan penswastaan unit Indonesia CIMB Niaga appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved