CIMB Perkenal Ciri Zakat365 – Kira Dan Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui CIMB OCTO Bermula Disember

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 9:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CIMB Perkenal Ciri Zakat365 – Kira Dan Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui CIMB OCTO Bermula Disember

CIMB hari ini mengumumkan penambahan ciri baharu pada aplikasi CIMB OCTO, dinamakan Zakat365. Menggunakannya, pengguna perkhidmatan perbankan CIMB boleh dengan mudah melakukan kiraan zakat mereka, dan seterusnya membayar terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Image from: CIMB Perkenal Ciri Zakat365 – Kira Dan Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui CIMB OCTO Bermula Disember

Buat masa ini, Zakat365 menyokong Lembaga Zakat Negeri Kedah, Lembaga Zakat Selangor, dan juga Pusat Pungutan Zakat-MAIWP. Pilihan institusi pembayaran zakat ini dijangka akan terus ditambah dari masa ke semasa.

Image from: CIMB Perkenal Ciri Zakat365 – Kira Dan Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui CIMB OCTO Bermula Disember

Selepas pemilihan institusi, Zakat365 akan secara automatik memperlihatkan anggaran pembayaran zakat berdasarkan kepada simpanan, pelaburan dan lain-lain, mengambil kira sejumlah perkara yang tersedia dalam akaun perbankan CIMB anda. Pengguna juga turut boleh memasukkan data tambahan seperti simpanan dan pelaburan diluar CIMB untuk pengiraan zakat sekali dalam pembayaran berkenaan. Sebaik sahaja selesai, pengguna akan dipaparkan dengan anggaran zakat, dan seterusnya boleh melakukan pembayaran terus menggunakan CIMB OCTO.

Image from: CIMB Perkenal Ciri Zakat365 – Kira Dan Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui CIMB OCTO Bermula Disember

Ciri ini baru sahaja diumumkan, dan dijangka diperkenalkan kepada umum bermula Disember 2026 kelak melalui aplikasi CIMB OCTO di Android dan iOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved