Cip Apple M5 Pro dan M5 Max Kini Rasmi Dengan Prestasi Grafik Meningkat Sehingga 30%

TechnologyDigital
4 Mar 2026 • 11:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple melancarkan cip M5 Pro dan M5 Max serentak dengan pelancaran MacBook Pro dan MacBook Air baharu. Kedua-duanya dibina menggunakan teknologi 3nm generasi ketiga serta menggabungkan CPU, GPU, enjin Media, enjin Neural, pengawal memori dan Thunderbolt 5 secara terbina.

M5 Pro dilengkapi CPU 18 teras dan GPU sehingga 20 teras. Dari sudut prestasi ia menawarkan peningkatan kuasa perkiraan GPU sehingga 4 kali ganda berbanding cip M4 Pro dan 6 kali ganda M1 Pro. Cop menyokong memori sehingga 64GB dengan lebar jalur 307GB/s.

image is not available

Daripada 19 teras CPU, 6 daripadanya ialah teras super berkuasa tinggi manakala 12 lagi adalah teras prestasi yang lebih efisien menggunakan tenaga. Hasilnya prestasi multibebenang sehingga 2.5× lebih laju berbanding M1 Pro/Max dan sehingga 30% lebih laju untuk beban kerja profesional berbanding generasi sebelumnya.

M5 Max pula dilengkapi CPU 18 teras dan GPU sehingga 40 teras. Cip ini menyasarkan pengguna yang terdiri daripada animator 3D, penyelidik AI, dan pembangun aplikasi. Prestasi perkiraan GPU adalah sehingga 4 kali ganda generasi terdahulu dan sehingga 6 kali ganda M1 Max. Ia juga 30% lebih laju untuk ray tracing berbanding M4 Max. M5 turut menyokong memori sehingga 128GB of dengan lebar jalur sehingga 614GB/s.

Selain itu Neural Engine 16 teras yang digunakan lebih pantas untuk Apple Intelligence dan menjalan AI terus daripada peranti.