Dengan pengenalan MacBook Pro dan MacBook Air baharu, Apple turut mengemaskini monitor Apple Studio Display dan Apple Studio Display XDR baharu semalam. Dengan dua skrin ini, pengguna komputer Apple boleh menikmati paparan visual yang premium.

Apple Studio Display baharu dilengkapi skrin 27″ dengan resolusi 5K Retina, 60Hz dan kecerahan 600 nit. Ia dilengkapi kamera 12mp Center Stage, sistem audio 6 pembesar suara dengan Audio Spatial serta bass yang dipertingkatkan dipadankan dengan 3 mikrofon.
Sambungan adalah menerusi dua port Thunderbolt 5 USB-C dengan terdapat dua lagi USB-C untuk digunakan menyambung aksesori.Pembeli boleh memilih kaca standard atau nano‑texture. Studio Display ditawarkan dengan tapak yang memberikan pilihan dongak, tapak dengan dongak serta ketinggian boleh laras dan penyesuai VESA.

Apple Studio Display XDR pula dilengkapi skrin 27″ mini-LED 5K Retina XDR, 120Hz dengan keterangan SDR puncak 1000 nit dan keterangan HDR puncak pula ialah 2000 nit. paparan. Panel menyokong warna P3 dan Adobe RGB untuk keperluan profesional.
Ia turut dilengkapi kamera 12MP Center Stage, tiga mikrofon dan 6 pembesar suara dengan Audio Spatial. Sambungan adalah menerusi 2x port Thunderbolt USB-C dan dua lagi port USB-C tambahan untuk aksesori. Apple Studio Display XDR ditawarkan dengan tapak yang memberikan pilihan dongak serta ketinggian boleh laras dan penyesuai VESA.

Di Malaysia kedua-dua monitor ini oleh dipratempah bermula 9 Mac. Harga adalah seperti di bawah.
- Apple Studio Display – bermula RM6,499 (RM6,089 untuk pendidikan)
- Apple Studio Display XDR – bermula RM13,499 (RM13,089 untuk pendidikan)

