Siri cip pemprosesan APU AMD Ryzen 8000 yang juga diberi nama Strix Point dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan terkini, terdapat beberapa butiran baru yang diperkenalkan mengenai cip pemprosesan tersebut.
Butiran baru mengenai cip APU Strix Point ini hadir melalui laman penanda-aras Milkyway yang merupakan sebuah laman popular untuk mencari butiran tentang cip pemprosesan yang baru, dan ia memperlihatkan sedikit butiran mengenai cip APU AMD Ryzen 8000 ini.

Melalui laman tersebut, APU yang diuji hadir dengan 12 teras fizikal dan 24 bebenang kuasa yang hadir dengan empat teras fizikal lebih banyak daripada cip APU Phoenix Point yang baru sahaja dilancarkan.

Menariknya cip pemprosesan ini, walaupun dibangunkan menggunakan teknologi binaan baru, dan dijangkakan akan merumahkan cip grafik Navi 3.5 juga, akan menyokong papan induk dengan soket AM5 sedia ada.
Ia dijangka bahawa APU Strix Point ini akan menguasakan siri komputer riba gaming nipis dan ringan serba baru apabila ia dilancarkan pada tahun hadapan.
- Sumber
- Tom’s Hardware
