Siri Samsung Galaxy S25 Adalah Yang Pertama Menyokong Sistem Komunikasi Snapdragon Satellite

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Samsung Galaxy S25, S25+ dan S25 Ultra telah dilancarkan dengan cip baharu Snapdragon 8 Elite for Galaxy. Menarik sekali dalam dokumen rasmi yang diterbitkan oleh Qualcomm hari ini, mereka mengumumkan siri Galaxy S25 ialah yang pertama di dunia menyokong ciri komunikasi Snapdragon Satellite.

image is not available

Snapdragon Satellite diumumkan dua tahun lalu menerusi moden Snapdragon X75. Ia membolehkan penghantaran dan penerimaan mesej SMS menggunakan satelit. Walaupun Xiaomi, Oppo, Vivol, Motorola, Honor dan Nothing adalah yang terawal mengatakan mereka akan menyokong ciri ini, ia tidak pernah disertakan pada peranti keluaran mereka. Di China sistem komunikasi satelit yang disokong Oppo, Honor dan Huawei menggunakan teknologi berbeza yang hanya menyokong satelit China.

Semasa diumumkan di MWC, Snapdragon Satellite diumumkan dengan sokongan oleh syarikat komunikasi satelit Iridium tetapi kerjasama ditamatkan pada tahun 2023. Di Snapdragon Summit tahun lalu, kami sempat bertanya kepada wakil Qualcomm mengenai masa depan teknologi ini. Mereka sekadar mengatakan sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar yang dirahsiakan.

Kita kini tahu ianya Samsung cuma tidak diketahui bila syarikat ini akan mengaktifkan sistem SMS satelit yang kini disokong secara terbina dalam Android 15.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved