Sebuah lagi cip baharu dilancarkan pagi ini dengan ia adalah MediaTek Dimensity 6400 yang merupakan kemas kini untuk cip Dimensity 6300. Dari segi spesifikasi tiada perubahan besar dilakukan dengan ia dihasilkan menggunakan teknologi 6nm oleh TSMC. Ia juga masih mengekalkan konfigurasi 2x Cortex-A76 2.4 GHz dan 6X Cortex-A55 2.0GHz. Perbezaan hanyalah teras Cortex-A76 yang sedikit lebih pantas.

Ini dipadankan pula kepada GPU Mali-G57 MC2 yang sama sahaja dengan Dimensity 6300. Kerana ia sebuah pemproses kelas pertengahan rendah, ia menyokong memori LPDDR4X, storan UFS 2.2 dan kamera pula sehingga 108MP atau dwi-kamera 16+16 MP. Sungguhpun begitu cip membawakan sokongan rangkaian 5G tetapi WiFi sekadar 5GHz sahaja.
Adalah dipercayai peranti pertama yang akan menggunakan Dimensity 6400 ialah Realme P3x 5G.
