Cip Snapdragon 6 Gen 4 Rasmi Untuk Peranti Segmen Pertengahan 

TechnologyDigital
13 Feb 2025 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm telah melancarkan cip Snapdragon 6 Gen 4 baharu yang direka untuk peranti kelas pertengahan. Ia menjadi kemaskini untuk Snapdragon 6 Gen 3 sebelum ini dengan peningkatan daripada aspek prestasi.

image is not available

Snapdragon 6 Gen 4 dibina berasaskan teknologi 4nm bersama teras CPU Arm v9 baharu. Ia hadir dengan satu teras Cortex-A720 (2.3 GHz), dua teras Cortex-A720 (2.2 GHz) dan empat teras Cortex-A520 (1.8 GHz). Menurut Qualcomm, cip ini menawarkan peningkatan 11% pada prestasi CPU dan 29% pada GPU berbanding Snapdragon 6 Gen 3.

Melengkapkan cip ini adalah sambungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, serta rangkaian sub-6GHz dan mmWave 5G. Selain turut melepasi piawaian Qualcomm aptX Adaptive dan aptX Lossless. Ia juga dipadankan dengan memori LPDDR5, storan UFS 3.1, kamera utama 200MP, tri-kamera 16MP dan panel FHD+ sehingga 144 Hz.

Realme, Oppo dan Honor dijangka menjadi antara pengeluar yang menggunakan cip pemproses ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved