Cip Snapdragon X2 Plus Dilancarkan Dengan Peningkatan Prestasi Sehingga 35%

Technology
6 Jan 2026 • 7:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Qualcomm melancarkan dua model baharu cip Snapdragon X2 Plus dengan ia adalah versi dengan prestasi lebih rendah berbanding Snapdragon X2 Elite yang dilancarkan tahun lalu. Cip yang dilancarkan ialah X2P-64-100 dan X2P-42 100 menggunakan teknologi N3P TSMC.

X2P-64-100 dilengkapi 10 teras CPU Oryon dengan konfigurasi 6 teras Prime dan 4 teras Performance. Prestasi satu teras adalah 35% lebih tinggi dan multi teras pula 17% lebih tinggi dalam ujian Geekbench 6 berbanding generasi terdahulu.

image is not available

Sementara cip X2P-42-100 pula adalah versi dengan 6 teras CPU yang kesemuanya adalah Prime. Prestasi satu teras adalah 35% lebih tinggi dan multi teras pula 10% lebih tinggi dalam ujian Geekbench 6 berbanding generasi terdahulu.

Kedua-duanya dipadankan dengan GPU X2-45 Adreno dan NPU dengan 80 TOPS. Kedua-duanya boleh beroperasi pada kelajuan maksimum 4 GHz. Dari segi grafik pula, cip Snapdragon X2 Plus menawarkan peningkatan prestasi sehingga 29%.

Qualcomm mengatakan cip Snapdragon X2 Plus akan mula digunakan pada komputer riba dalam H2 2026.