Konsol Mudah Alih Dengan Cip Intel Core Ultra Series 3 akan Dilancarkan Tahun Ini

TechnologyGaming
6 Jan 2026 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Arena konsol mudah alih PC pada waktu ini dikuasai sepenuhnya oleh siri AMD Ryzen Z dengan digunakan oleh ASUS ROG Xbox Ally X dan Lenovo Legion Go Gen 2. MSI Claw yang menggunakan cip Intel Core Ultra pula mengecewakan kerana prestasi kurang memuaskan. Pagi ini Intel mengesahkan konsol mudah alih akan dilancarkan tahun ini dengan cip Intel Core Ultra Series 3.

image is not available

Maklumat mengenai konsol yang bakal dilancarkan belum lagi didedahkan. Tetapi grafik yang dikongsi Intel menunjukkan Acer, MSI, GPD dan Microsoft adalah antara syarikat yang terlibat dengan projek ini. Konsol mudah alih dengan cip Intel Core Ultra Series 3 pastinya menarik kerana peningkatan prestasi GPU yang tinggi berbanding generasi sebelumnya.

iGPU Intel Arc B390 yang digunakan adalah sehingga 77% lebih baik berbanding iGPU Arc 140V yang digunakan Lunar Lake dan 73% lebih baik berbanding iGPU RDNA 3.5 AMD Ryzen AI 9 HX 370. Apabila dipadakan dengan perisian XeSS 3, iGPU ini turut menyokong ciri janaan bingkai menggunakan AI untuk grafik lebih lancar.