
Cip Google Tensor G6 dilancarkan secara rasmi semalam dengan ia dikatakan menggunakan teknologi 2nm TSMC. Tetapi menurut laporan CNA, Naib Presiden Perkakasan Google, Peng Yujun, menyatakan bahawa cip Tensor G6 sebenarnya menggunakan proses 3nm terkini TSMC yang telah dipertingkatkan.

Ini sedikit sebanyak akan mengurangkan prestasi dan juga kemampuan mengurangkan penggunaan bateri Tensor G6 jika ia menggunakan teknologi 2nm. Kami tidak boleh melakukan ujian penanda aras pada Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold yang diterima untuk diulas kerana pemasangannya dihalang. Ini adalah taktik yang digunakan Samsung dan Xiaomi sebelum peranti dijual secara terbuka.
Berdasarkan konfigurasi i 7 teras CPU yang terdiri daripada 1 teras Arm C1-Ultra 4.11GHz, 4 teras Arm C1-Pro 3.38 GHz dan 2 teras Arm C1-Pro 2.65GHz, boleh diramal markas penanda aras Tensor G6 lebih rendah berbanding Dimensity 9500 dan Snapdragon 8 Elite Gen 5.

