
Cip Google Tensor G6 dilancarkan secara rasmi dengan ia digunakan pada siri Pixel 11. Ia menggunakan teknologi 2nm TSMC dan hanya dilengkapi 7 teras CPU berbanding 8 yang digunakan pada Tensor G5 dengan konfigurasi 1+4+2. Ia terdiri daripada 1 teras Arm C1-Ultra 4.11GHz, 4 teras Arm C1-Pro 3.38 GHz dan 2 teras Arm C1-Pro 2.65GHz. Ini dipadankan dengan GPU PowerVR CXTP-48-1536.

CPU ini dipadankan dengan TPU yang 50% lebih berkuasa membolehkan siri Pixel 11 menjalankan model terkini Gemini Nano terus daripada peranti. Menurut Google, tugas melakukan proses AI kini sehingga 3.5% lebih pantas. Dengan CPU lebih berkuasa pula, melayari web 25% lebih pantas, aplikasi dilancarkan 15% lebih pantas dan penggunaan kuasa adalah 20% lebih baik.
Dengan cip Tensor tidak lagi menggunakan teknologi Samsung, Tensor G6 juga kini dilengkapi modem MediaTek M90 5G yang lebih pantas. Di atas kertas, Tensor G6 kini setanding dengan Dimensity 9500 dan Snapdragon 8 Elite Gen 5 berbanding Tensor G5 yang lebih mirip sebuah pemproses kelas pertengahan.



