Lewat malam semalam Google Pixel Buds Pro 2 turut menerima kemas kini warna dan ciri baharu serentak dengan pelancaran siri Pixel 11. Tiada perubahan pada rekaan dan perkakasan dilakukan walaupun fon telinga ini dilancarkan pada tahun 2024. Ia masih menggunakan cip Tensor A1 yang memberikan penjejakan lokasi menerusi Find Hun dan pembatalan hingar (ANC).

Ia kini hadir dalam warna hijau Olive baharu dengan ia padan dengan beberapa model Pixel 11 yang dilancarkan semalam. Ciri baharu yang diperkenalkan ialah ANC dinamik yang berubah mengikut audio persekitaran, kawalan kelantangan audio kini boleh diubah menggunakan Gemini, audio boleh dijeda automatik apabila mengesan pengguna tidur menerusi Pixel Watch dan fungsi alih bahasa masa nyata menyokong lebih 70 bahasa.

Bateri yang digunakan boleh menawarkan penggunaan sehingga 8 jam dengan ANC atau 12 jam tanpanya. Dengan bantuan pod pengecas, ia meningkat ke 30 jam dengan ANC dan 40 jam tanpanya.
Fon telinga boleh dijejak menggunakan Find Hub dengan ia akan berbunyi walaupun dengan kedua-dua putik audio di dalam pod simpanan. Ini menjadikan ciri penjejakannya mirip yang disokong pada AirPods Pro. Google Pixel Buds Pro 2 dijual pada harga RM 1099 dalam warna Olive, Porcelain, Peony dan Hazel.



