
Melalui laporan The Star, empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini.
Empat individu itu adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun, Sarah Elisssa Tang Aman dari Suku Temuan, Veena Angelina Jincis dari Suku Semai dan Alzariza Alwi dari Suku Semai.
Difahamkan, keempat-empat krew kabin ini telah memulakan tugasan di penerbangan Malaysia Airlines sejak 7 Mei 2024.

Majlis graduasi yang berlangsung semalam dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) iaitu Datuk Sapiah Mohd. Nor.
Pencapaian ini menegaskan komitmen kami terhadap kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja kami, memastikan peluang yang sama untuk semua tanpa mengira latar belakang mereka. – Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Untuk info ramai, Malaysia Airlines dan Jakoa memulakan usaha merekrut pada Disember 2023 di negeri Pahang, Perak dan Johor, mereka mensasarkan pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan dan Semai.
Selepas 10 Tahun, Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan MH370 Di Australia Barat?
The post Cipta Sejarah! 4 Kru Kabin Malaysia Airlines Jadi Yang Pertama Dari Komuniti Orang Asli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
