Ciri Beli-Belah Secara Langsung Di Instagram Akan Ditamatkan Bermula Mac Hadapan

TechnologyDigital
16 Feb 2023 • 2:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Instagram

Instagram mempunyai pelbagai ciri menarik menerusi kemaskini yang diberikan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah ciri membeli-belah secara langsung di aplikasi yang bukan sahaja membenarkan peniaga menyertakan tag pada produk di dalam penstriman langsung. Malahan, turut sama menjemput pengguna untuk mengambil bahagian dalam penstriman langsung tersebut, termasuklah bagi tujuan membeli-belah.

image is not available

Memetik sumber, ciri tersebut bakal dihentikan sepenuhnya bermula 16 Mac hadapan. Dengan ini, pengguna tidak lagi boleh meninggalkan sebarang tag produk di dalam penstriman langsung di Instagram. Perubahan ini dilakukan bagi membantu Instagram memberi tumpuan kepada ciri lain yang lebih memberi nilai tambah kepada pengguna dan aplikasi itu sendiri.

image is not available

Perubahan ini juga ada perkaitannya dengan penamatan ciri Shop yang dibuat sebelum ini. Ia bagaimanapun terhad kepada penstiman langsung sahaja tanpa menjejaskan ciri lain. Ini bermakna pengguna masih boleh mempromosi produk masing-masing dengan meninggalkan tag pada suapan utama serta Reels.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved