Guna APP Plus untuk periksa CCTV sama ada laluan balik kampung anda sesak

Digital
20 Jan 2023 • 11:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat yang ingin pulang ke kampung bersempena dengan Tahun Baru Cina 2023 dan gunakan Lebuhraya Utara-Selatan, silalah pasang aplikasi Plus App (Android, iOS) sebab di dalamnya ada satu ciri yang sangat menarik. Pihak PLUS ada berkongsikan suapan kamera CCTV mereka secara langsung untuk anda periksa sama ada laluan anda mengalami kesesakan ataupun tidak.

Tapi, ciri yang lebih menarik adalah, APP ini ada fungsi untuk menyaring CCTV apa yang dipaparkan kepada anda berdasarkan destinasi yang anda tetapkan. Contohnya anda ingin bergerak daripada tol Shah Alam ke tol Skudai, ia hanya akan paparkan CCTV yang berada antara Shah Alam dan Skudai sahaja.

Ciri ini sangat berguna kerana anda tak perlu tatal terlalu banyak untuk cari CCTV yang berkenaan.

Selain CCTV, satu lagi ciri yang berguna adalah SOS. Anda boleh memanggil bantuan sekiranya perlu. Masukkan maklumat seperti nama, nombor telefon, dan beberapa maklumat lain dan anda akan dihibungi oleh pihak PLUS.

image is not available

Sekiranya anda berada di lokasi yang capaian Internet tidak kuat, anda boleh hubungi talian bebas tol 1 800 88 0000.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved