Ciri Pembayaran QR MAE Scan & Pay Kini Boleh Diakses Melalui Samsung Wallet

TechnologyDigital
24 Jul 2026 • 4:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Para pengguna peranti pintar Samsung yang juga merupakan pelanggan bank Maybank kini boleh mengemaskini peranti mereka untuk mengakses perkhidmatan pembayaran digital MAE melalui dompet digital Samsung Wallet melalui ciri Samsung Wallet QR Payment.

Samsung Malaysia dan Maybank telah menandatangani perjanjian perkongsian untuk membolehkan fungsi pembayaran QR MAE Scan & Pay digunakan melalui aplikasi Samsung Wallet. Kerjasama ini memperlihatkan Maybank sebagai rakan perbankan Samsung Malaysia yang pertama dalam memperkenalkan sokongan pembayaran menggunakan sistem imbasan QR pada Samsung Wallet.

Image from: Ciri Pembayaran QR MAE Scan & Pay Kini Boleh Diakses Melalui Samsung Wallet

Fungsi MAE Scan & Pay melalui Samsung Wallet ini telah diperkenalkan bermula 21 Julai 2026, dengan pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Samsung Wallet kepada versi terkini, dan kemudiannya memuatkan butiran MAE kepada dompet digital tersebut, dan pengguna boleh memilih untuk membayar menggunakan pilihan tersebut secara cepat dan mudah.

Lebih menarik sekali, pengguna peranti Samsung juga boleh menggunakan fungsi pembayaran QR Scan & Pay melalui Samsung Wallet ini di negara-negara Thailand, Singapura, Indonesia dan Kemboja tanpa perlu risau mengenai sokongan pembayaran digital antara negara-negara ini.

Penggunaan perkhidmatan MAE Scan & Pay melalui Samsung Wallet juga akan memberikan pengguna mata ganjaran Samsung Reward pada setiap transaksi, dan ini membolehkan anda untuk membeli pelbagai hadiah menarik menggunakan mata ganjaran tersebut.

Sumber: Samsung Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved