
Di peringkat awal perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dilancarkan saya yakin ramai yang mencuba lebih daripada satu secara serentak. Tetapi selepas tiga tahun saya juga percaya anda mempunyai platform AI kegemaran. Tetapi dengan kemampuan AI dipertingkat dengan kerap, ia membuatkan ramai ingin berpindah ke modal AI yang ditawarkan syarikat lain tetapi risau memori perbualan selama ini akan hilang selama-lamanya.

Oleh itu Anthropic mengumumkan Claude kini mempunyai ciri mengimport memori daripada perkhidmatan AI lain seperti OpenAI atau Gemini. Ciri Memory boleh diakses semua pelanggan pelan berbayar. Claude memberikan prom yang perlu dimasukkan ke perkhidmatan AI lain untuk memulakan proses mengeksport sejarah perbualan yang pernah dilakukan. Kod yang dijana kemudian hanya perlu ditambah masuk ke dalam tetapan memori Claude dan semua perbualan boleh diteruskan tanpa perlu mengajar semula dari awal.
Sejak serangan dilakukan Amerika dan Israel ke atas Iran hujung minggu lalu, ramai berpindah ke Claude kerana Anthropic enggan membenarkan AI mereka digunakan bagi tujuan mengawal senjata serta mengintip warganegara Amerika Syarikat. Walaupun tindakan Anthropic dikecam oleh Presiden Trump, Claude telah digunakan untuk menganalisa data sebelum serangan ke atas Iran dilakukan.




