
JAKARTA – Suasana sebuah sekolah menengah di Sambas, wilayah Kalimantan Barat kecoh apabila seekor ular tedung selar (king cobra) menceroboh masuk ke dalam kelas semasa sesi pembelajaran, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di SMKN 1 Sambas, baru-baru ini.
Kehadiran ular gergasi berbahaya itu menyebabkan pelajar dan guru bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pikiranrakyat menunjukkan seorang pekerja kebersihan sekolah memberanikan diri untuk menangkap ular tersebut.
Lebih mengejutkan, dia hanya menggunakan batang penyapu dan tangannya.
Reptilia itu berjaya ditangkap tidak lama kemudian dan dibawa keluar dari kelas. Tiada kemalangan jiwa atau individu yang cedera.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Gila, guna penyapu sahaja,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post ‘Cleaner’ cuma pakai penyapu tangkap King Cobra appeared first on Kosmo Online.






