
JAKARTA – Satu klip video tular di Pemalang, wilayah Jawa Tengah menunjukkan berpuluh-puluh penduduk berebut mencari emas di sebatang sungai selepas munculnya maklumat mengenai penemuan logam berharga itu, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Sungai Comal berhampiran Desa Kelangdepok, baru-baru ini.
Selain warga setempat, penduduk dari luar Pemalang turut datang ke sungai tersebut sambil membawa peralatan seperti talam dan cangkul untuk menggali dan menapis pasir.
Kebanyakan barang yang ditemukan merangkumi perhiasan seperti rantai leher, anting-anting dan cincin, dengan sebahagiannya dijual di Pasar Comal pada harga berjuta-juta rupiah.
Seorang penduduk dikenali sebagai Simin berkata, dia datang ke sungai bersama 15 rakannya yang mempunyai pengalaman mencari emas.
Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam di dalam sungai demi menapis pasir dan mencari logam berharga.
“Namun, objek yang ditemukan di Sungai Comal setakat ini kebanyakannya adalah barang kemas, bukan emas tulen,” kata penduduk tempatan. – AGENSI
The post Penduduk dulang emas, dapat barang kemas appeared first on Kosmo Online.






