“Coach Cerai Tu Setiap Kali Datang, Tak Pernah Nak Jumpa, Aku Standby Je Ni” – Kamal Adli

EntertainmentLifestyle
18 Dec 2025 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kamal Adli meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa tidak dapat menahan perasaan ‘marah’ susulan laporan serta dakwaan yang dibuat isterinya, Uqasha Senrose, berkaitan isu rumah tangga mereka.

Menurut Kamal, terdapat pihak ketiga yang digelar sebagai ‘coach cerai’ yang didakwa berperanan membantu Uqasha dalam proses perceraian tersebut. Kamal mendakwa individu berkenaan enggan bertemu dengannya dan didakwa sengaja mengelak daripada sebarang pertemuan.

Advertisement
View this post on Instagram

Difahamkan, Kamal sebelum ini berhasrat untuk bertemu bagi mendapatkan penjelasan secara bersemuka, namun usaha tersebut tidak berhasil kerana pihak terbabit tidak mahu berjumpa dengannya.

Kalau kau tak puas hati kau datang jumpa aku, cerita depan-depan sebab kau masih isteri aku! Tak payah nak mengadu kat ‘Coach Cerailah’ aku ada, aku standby je.

Dalam masa sama, Kamal menegaskan bahawa sepanjang kemelut rumah tangga yang berlaku, beliau tidak pernah membuka aib isterinya kepada umum, sebaliknya memilih untuk berdiam diri demi menjaga maruah keluarga.

Dipuk*l, Ditarik Rambut Ketika Hamil Uqaira, Uqasha Buat Pendedahan, Tunjuk Bukti – “Saya Diam Sebab Jaga Aib”

image is not available
image is not available

Pelakon itu turut dilaporkan berasa terkilan apabila isu peribadi rumah tangga mereka menjadi perhatian umum, sedangkan beliau mendakwa masih berusaha menyelesaikan perkara tersebut secara tertutup dan baik.

Isu melibatkan pasangan selebriti ini terus menjadi tumpuan ramai, dengan orang ramai menantikan perkembangan lanjut susulan kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-18 12:49:48

Dipuk*l, Ditarik Rambut Ketika Hamil Uqaira, Uqasha Buat Pendedahan, Tunjuk Bukti - "Saya Diam Sebab Jaga Aib"

The post “Coach Cerai Tu Setiap Kali Datang, Tak Pernah Nak Jumpa, Aku Standby Je Ni” – Kamal Adli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.