Coldplay Buat Konsert Sampai 6 Hari Di Singapura, Fans Malaysia Nak ‘Merajuk’

Entertainment
20 Jun 2023 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lebih seminggu yang lalu, kumpulan penyanyi dari Britain, Coldplay telah mengumumkan untuk mengadakan persembahan konsert di Singapura selama empat hari (23, 24, 26 dan 27 Januari 2024) di Stadium Nasional negara tersebut.

Namun selepas mendapat sambutan yang hangat daripada netizen, kumpulan berkenaan mengumumkan bahawa mereka akan menambah hari ke-5 dan ke-6 bagi konsert di Singapura.

Perkara ini diumumkan oleh Coldplay sendiri menerusi laman Twitter mereka awal pagi ini.

Ini bermakna konsert tersebut bakal diadakan pada tarikh 23, 24, 26, 27, 30 dan 31 Januari 2024 hanya di Singapura sahaja! Fuh letops!

“Merajuk la dengan Coldplay ni”

Berita tersebut telah mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen di Malaysia yang masih mengharapkan band tersebut menambah satu hari lagi persembahan di negara ini.

Malah ada juga mengatakan penambahan hari di Singapura ini dibuat bagi memberi peluang kepada peminat yang tinggal di negara jiran dan tidak dapat membeli konsert di negara sendiri untuk turun ke Singapura.

image is not available

Apa-apapun tahniahlah kepada mereka yang berjaya mendapatkan tiket konsert Coldplay untuk semalam dan hari ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.