Collina pertahan pengadil Argentina-Mesir

FootballSports
9 Jul 2026 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Collina pertahan pengadil Argentina-Mesir
Collina menegaskan pengadil Francois Letexier tidak melakukan sebarang kesalahan ketika mengadili perlawanan Argentina dan Mesir.

KETUA pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina menolak dakwaan wujud unsur berat sebelah dalam kemenangan 3-2 Argentina ke atas Mesir pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia.

Collina berkata, keputusan pengadil sentiasa terbuka kepada perbincangan, namun dakwaan tidak berasas yang mempersoalkan integriti pegawai perlawanan tidak boleh diterima.

"Tiada siapa boleh mempersoalkan integriti pegawai perlawanan Piala Dunia FIFA.

"Tiada siapa boleh mendakwa pengadilan FIFA boleh dipengaruhi oleh sesiapa termasuk Presiden FIFA, Gianni Infantino," katanya.

Mesir sebelum ini mempertikaikan beberapa keputusan pengadil dari Perancis, Francois Letexier selepas tersingkir walaupun sempat mendahului Argentina 2-0 sebelum juara bertahan itu bangkit dengan gol kemenangan Enzo Fernandez pada masa kecederaan.

Antara yang dipersoalkan ialah jaringan Mostafa Zico yang dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) kerana kekasaran dalam fasa serangan, selain insiden Mohamed Salah yang didakwa dikasari dalam kotak penalti sebelum gerakan gol kemenangan Argentina.

Namun, Collina mempertahankan keputusan VAR dengan menjelaskan kekasaran Marwan Attia terhadap Lisandro Martinez berlaku sebelum jaringan dan campur tangan VAR adalah tepat.

Beliau turut menjelaskan sentuhan antara Salah dan Julian Alvarez sebelum gol kemenangan Argentina dianggap sebagai pertembungan biasa dalam bola sepak dan bukan kesalahan yang layak diberikan penalti.

Walaupun mengakui keputusan pengadil kadangkala melibatkan unsur subjektif, Collina berkata FIFA berpuas hati dengan pelaksanaan VAR sepanjang kejohanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved