Comel sangat! 3 Kanak-Kanak Berpakaian Wira Maritim Di Hari Terakhir LIMA’25

24 May 2025 • 7:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hari terakhir Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’25) menjadi lebih meriah dengan kehadiran tiga kanak-kanak berpakaian lengkap seperti wira Maritim Malaysia di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC).

Berpakaian seperti wira Maritim

Menerusi hantaran di Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dua daripada mereka mengenakan sut penerbang Maritim Malaysia manakala seorang lagi tampil segak dalam pakaian taktikal Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia.

image is not available

Kanak-kanak berpakaian wira Maritim curi perhatian ramai

Penampilan comel mereka menarik perhatian ramai sehingga menjadi antara momen paling dikongsikan di media sosial sepanjang hari.

image is not available

Kehadiran mereka bukan sekadar mencuit hati, tetapi juga menjadi simbol aspirasi generasi muda terhadap kerjaya dalam bidang keselamatan maritim.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim turut menyatakan rasa bangga terhadap semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.

“Kehadiran mereka dalam pakaian lengkap menunjukkan betapa kuatnya impak pameran ini dalam menyemai semangat patriotisme dan minat terhadap kerjaya maritim sejak usia muda,” ujarnya.

image is not available

Reruai Maritim Malaysia di MIEC dan Resorts World Langkawi (RWL) menampilkan teknologi interaktif seperti realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR), memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.

Turut dipamerkan adalah model miniature aset Maritim Malaysia yang menunjukkan penempatan kapal peronda di perairan negara.

Difahamkan Maritim Malaysia turut merancang untuk kembali dengan pameran lebih berinovasi dan berimpak tinggi pada LIMA’27.