Comel & sedapnya puding sumi, ini resipi untuk 25 bekas, simple tapi laku keras

Cooking
16 May 2023 • 6:16 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

COMEL sungguh puding ini, berwarna-warni dan tampak menggoda.

Jeli atau popular sebagai sumi memang kesukaan ramai terutama kanak-kanak. Hadir dengan pelbagai perisa yang enak, snek ini jarang ditolak peminatnya.

Olahan sumi yang dijadikan puding menarik perhatian ramai. Menggunakan bekas dadih kecil, puding sumi rekaan Mieyza Othman ini tampak sedap.

“”Ini jer mampu buat untuk jamuan di sekolah, puding sumi. Cubalah buat, memang laku keras,” titip Mieyza.

image is not available

PUDING SUMI

Bahan-bahan

20 gram agar-agar tali [BELI DI SINI]
3 tin air (tin susu cair) [BELI DI SINI]
1 tin susu cair [BELI DI SINI]
1/2 tin susu pekat (lebihkan jika suka manis) [BELI DI SINI]
2 sudu besar tepung kastad [BELI DI SINI]
1 paket sumi [BELI DI SINI]
Secubit garam [BELI DI SINI]
1 sudu kecil esen vanila [BELI DI SINI]
Filling (perisa ikut kesukaan masing-masing. Boleh dibeli di kedai bakeri) [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Calitkan filling perisa buah-buahan pada permukaan dalam bekas dadih.

2-Cuci agar-agar dan masak ia dengan air hingga hancur.

3-Selepas agar-agar hancur, masukkan susu pekat, susu cair, esen vanila dan garam. Kacau sebati.

4-Bancuh tepung kastad dengan sedikit air dan kemudian tuangkan ia ke dalam adunan puding.

5-Kacau dan masak adunan puding sehingga mendidih.

6-Selepas masak, padamkan api.

7-Tuangkan ke dalam bekas dadih yang telah dicalit dengan filling perisa buah-buahan.

8-Hiaskan dengan suami pada atasnya. Siap!

Menurut Mieyza, resipi ini menghasilkan 23 hingga 25 bekas puding sumi saiz kecil (bekas dadih).

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.