“Comel Ya Ampun,”- Ramai Puji Aksi Bapa Hafal Step Tarian Demi Guide Anak Semasa Buat Persembahan [Video]

Family & Parenting
5 Dec 2022 • 5:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Bapa menari support anak

Kata orang apabila sudah bergelar ibu dan bapa, banyak perkara yang perlu dipelajari seiring dengan pembesaran anak-anak.

Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu bersama dengan anak-anak serta menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh mereka.

Ia secara tidak langsung dapat membantu anak-anak dalam membina keyakinan dalam diri mereka.

Bapa sanggup belajar dan hafal step menari demi anak undang perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang bapa apabila dia sanggup belajar menari demi anaknya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang individu di TikTok kelihatan seorang bapa menari sambil diperhatikan oleh anak perempuannya yang sedang melakukan persembahan Bollywood.

Dalam video itu juga, dapat dilihat kanak-kanak itu tidak terlepas untuk memerhatikan bapanya dan mengikuti setiap gerak geri bapanya semasa tarian itu berlangsung.

“Salute ayah dia sebab sanggup belajar step anak menari dan sentiasa ada di situ dari mula hingga akhir malah mata anak dia tak lepas dari tengok ayah dia,” tulisnya di dalam kapsyen

Difahamkan, tarian itu dilakukan adalah bersempena dengan hari graduasi dan konsert akhir tahun yang dilakukan oleh tadika, Ana Muslim yang terletak di Cyberjaya.

Video sama turut dimuat naik sekolah tersebut di akaun media sosial mereka.

Usaha bapa curi tumpuan ramai

Usaha bapanya itu turut mencuri tumpuan orang ramai apabila dia kelihatan bersungguh-sungguh dan menghafal setiap langkah tarian yang perlu dilakukan oleh anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada bapa itu dan menyatakan dia seorang bapa yang hebat.

Walau bagaimanapun, ketika kami menulis artikel ini video tersebut telah dipadam oleh individu berkenaan.

‘Ini yang kita mahukan! Support system terpadu! Comel ya ampun’

image is not available

‘Kasih bapa, mesti ambil cuti demi anak..’

image is not available

‘Rasa sebak pula tengok.. Sangat manis bapa dan anak ini’

image is not available

‘Tahniah dia seorang ayah yang hebat’

image is not available