Concrete Engineering Products kembali catat untung bersih RM1.4 juta bagi 3QFY23
azan
28/07/2023 - 17:35
KUALA LUMPUR 28 Julai - Concrete Engineering Products Berhad kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.4 juta bagi suku ketiga berkahir 31 Mei 2023 berbanding kerugian bersih RM1.3 juta bagi suku sama tahun lalu.
Bagaimanapun, hasil kumpulan itu menyusut kepada RM30.3 juta berbanding RM36.8 juta pada suku ketiga tahun lalu.
"Kerugian yang dicatatkan pada tahun lalu adalah disebabkan jualan yang perlahan selain penutupan tapak pembinaan selain penutupan jalan akibat musim perayaan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Kumpulan itu berkata, mereka berdepan prospek mencabar bagi FY23 akibat pasaran domestik dan antarabangsa yang tidak stabil akibat perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selain konflik geopolitik di antara Rusia dan Ukraine.
Katanya, konflik itu menyebabkan gangguang kepada pengeluaran dan dagangan global.
"Kekurangan pelaburan langsung asing (FDI) dan projek mega infrastruktur mega daripada kerajaan juga akan menjejaskan pendapatan kumpulan.
"Keadaan itu diburukkan lagi dengan kenaikan harga barangan seperti simen, besi dan caj kemasukan antarabangsa selain pengurangan waktu kerja mingguan yang jelas akan memberi kesan kepada margin keuntungan," katanya.
Kumpulan itu juga akan terus berhati-hati terhadap perbelanjaan modal dan langkah penjimatan tunai dalam perniagaannya selain akan memberikan tumpuan bagi meningkatkan jualan di pasaran domestik dan antarabangsa. - DagangNews.com


