"Confirm Mantap Baju Melayu Dia!" - Guna 'Flash Mob' Promote Baju Melayu Buat Netizen Kagum

10 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi. Macam mana persiapan raya korang? Dah beli ke belum baju raya untuk tahun ni? Berdasarkan platform sosial media dah bermacam jenama baju raya baik untuk lelaki dan perempuan mempromosikan produk mereka.

Kita dijamu dengan pelbagai runaway, video iklan persis filem dan bermacam video pendek yang menarik! Namun ada juga jenama yang menampilkan kelainan dalam mempromosikan baju raya mereka.

@magneticahidayah promosi baju melayu FEEQ.. sempoi depa buat flash moq #meriah ♬ original sound - Magnetica nur hidayah ismail

Viral di platform TikTok, memaparkan situasi di satu bazaar Aidilfitri. Tiba-tiba muncul sekumpulan anak muda segak berbaju melayu menghiburkan para pengunjung dengan 'flash mob'. Secara tidak langsung, mereka mempromosikan kualiti baju melayu yang dipakai.

Biarpun berbaju melayu, mereka berjaya mempersembahkan satu tarian yang cukup mantap dan memukau. Sekumpulan anak muda ini juga dikenali sebagai @TheZeppoYoungsterz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved